新闻文告(2008年1月8日)
马大新青年协会、马大华文学会以及马大回教学生会今日联合谴责马大校方和国阵青年团竟然睁着眼睛说瞎话,隐瞒一个极之不合理的招标条例,却谎称马大第12宿舍在新学年就会有新的华人熟食档口,误导全马人民。
在新学年到过马大第12宿舍食堂的学生都知道,该间原本由华人经营的档口已经交由一个土著经营,虽然它有烹煮一部分的中式小食,但由于经营者不是华人,所以它并不能称为华人档口。国阵青年团和马大校方以“重开华人档口”来欺骗人民就在于这背后涉及一个不可告人的大秘密。
要强调的是,我们三个学生组织并不是反对马来人烹煮中餐,也不是反对由马来人经营熟食档口。我们欢迎华人烹煮的华人餐、印度人烹煮的马来餐甚至是马来人烹煮的西餐,我们希望来自世界和马来西亚各个民族的食物能在马大百花齐放,我们充分认同大学的食物必须符合回教徒食用的标准,但前提条件是大学校方必须公开熟食档口招标予各个族群。
招标条例严重歧视非土著
林光耀先生(俗称Uncle Lim)在第12宿舍的中餐档口在12月17日关闭。关闭的理由被马大说成是“技术问题”。但我们在调查后发现,该“技术问题”其实根本不是问题,真正的问题其实在于一个极之不合理的招标条例(Kod Bidang 080501),即所有欲投标马大的食摊都必须是土著(Bumiputra)和烹煮回教食物 ,非土著的投标肯定出局。(可以致电 03-79674608/6274到 UM ePerolehan询问)。
事实上,在马大署理副校长阿扎里寄给全马大生的电邮中也有提及旧业主Uncle Lim不符合此条例,但他却没有说明这个条例到底是什么。可见阿扎里也深觉此条例不妥,他自己也担心若说明此条例的内涵,将会引起马大生的强力反弹。
当我们揭发这个种族歧视严重的条例才是uncle Lim 无法继续在第12宿舍经营的主因时,我们感到非常痛心,为什么当国家在独立50年后,号称第一学府的马大竟然还存在着如此具有歧视性的招标条例?导致一个卖杂饭维生的伯伯因为肤色问题而被逼离开这个他曾经与学生共乐的食堂?
如今是个全球化的年代,肤色之间的隔阂也逐渐随着资讯的流通而淡化。马大回教学生会的成员都是虔诚的回教徒,如今就连他们也不介意马大的食堂档口公开招标予各个族群,并签署支持,可是为什么我们的政府和校方却依然继续开倒车呢?
三造须向马大生解释
我们欲质问的对象有3个,他们分别在此次事件扮演者逞英雄和误导性的角色,而他们必须向马大生作出解释并立刻着手该善招标的不合理条例,即开放各族竞标大学食堂档口。
1. 国阵青年团
为何国阵青年团在最后一次召开的记者招待会里,竟然胆敢宣布马大将在新学年有新的“华人档口”,尝试以“华人餐”来蒙骗所有马大生及人民?为何马青一开始知道uncle Lim的华人档口是因为肤色和宗教的问题才被关闭,但该团教育局主任张盛闻为什么在最后的记者会却还说“令人开心的是﹐巫青在此事上也与马华站在同一阵线。”?这是不是意味着马青与巫青都是支持大学不公开予各族招标的?
2. 马大校方
为何马大校方在发给每个学生的电邮里,谎称12宿舍华人档口被关闭只是技术问题?为什么不敢直接说明Kod Bidang 080501的真正内涵是什么?为什么马大校方不要公开予各族招标食档?
3. 马大亲校方阵线代表
为何马大亲校方阵线执政马大长达4年,不曾向马大校方和政府争取废除如此不公平的招标条例?反而任由它施虐?为什么亲校方阵线在解决问题时要去求助外面政党如马青和巫青?是不是意味着他们认同由马青和巫青控制马大内的各项政策?
我们希望这3方面立刻给马大生和全国人民一个合理的回应,
我们的诉求:
开放大学熟食档口予各族公开招标
我们都是大马的子民,融洽相处在这个国家超过50年,在马大里,除了马来人、华人、印度人,还有许许多多来自世界各地的学生,这是一个多元文化的大熔炉,大学熟食档公开予各族招标是反映了大学的现实情况,这也与提倡人人平等的价值相符。
让学生拥有参与决策的权利
学生一直以来没有获得权利参与决策的过程,所以出现校方的政策与学生的期待有落差。有鉴于此,我们要求校方逐步开放权利予学生自己做主,参与政策的拟定及落实,以达到校园自主,学生自治的精神。
重视学生的不同需求
马大拥有2万名学生,他们都有着不同的学业及生活上的需求,因此我们促请马大校方“以民为本”,多了解各个不同背景学生的需求,保持一定的敏感度,以确保学生的需求得到满足。
最后,我们也并呼吁马大生不要放弃斗争,继续向马大校方争取改善不合理的招标条例,以让各族可以在马大公开招标食物档口,落实一个提倡平等和公平价值的校园。
我们也并呼吁马大生不要放弃斗争,继续向马大校方争取废除不合理的招标条例,以让各族可以公开招标食物档口,落实一个提倡平等和公平价值的校园。
联署文告组织:
马大新青年协会
马大华文学会
马大回教学生会
Pernyataan Media
Bukalah Tender Gerai Makanan kepada Pelbagai Kaum demi Menghayati Kepelbagaian Budaya di Universiti Malaya
University Malaya New Youth (UMANY), Persatuan Bahasa Cina (PBCUM), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan ingin meminta penjelasan yang konkrit daripada pihak pengurusan Universiti Malaya dan Pemuda Barisan Nasional yang telah memberitahu pihak media bahawa “Universiti Malaya akan membuka semula gerai makanan Cina pada semester baru” pada 25hb Disember 2008.
Pada pembukaan tahun 2009, siapa-siapa pelajar yang mengunjungi kantin KK 12 pun mengetahui bahawa, gerai makanan yang sebelum itu diusaha oleh seorang pengusaha Cina telah ditukar tangan kepada seorang pengusaha bumiputera. Walaupun makanan yang disedia sebahagian adalah makanan ala-Cina, namun disebabkan pengusahanya bukan bangsa Cina, maka ini tidak boleh dikatakan sebagai gerai makanan Cina.
Sebelum membuat penerangan yang selanjutnya, kami ingin menegaskan bahawa jenis makanan tidak menjadi isu pada hari ini. Kami tidak membantah bangsa Melayu ataupun Cina mengendalikan makanan Cina, mahupun bangsa India mengendalikan makanan Melayu. Sebaliknya, kami berharap pihak Universiti akan membenarkan kepelbagaian budaya makanan termasuk makanan ala Timur Tengah, ala Barat, ala Islam, ala India, ala Cina dan sebagainya dijual di kampus untuk menjalin hubungan erat antara kaum. Malah, kami amat bersetuju bahawa makanan yang dijual di Universiti mestilah HALAL dan mengambil kira keperluan serta sensitiviti pelbagai kaum.
Syarat tender yang bersifat diskirminasi terhadap peniaga bukan bumiputera
Hasil daripada tinjauan dan siasatan kami, ‘masalah teknikal’ seperti yang disebut sebelum itu bukan faktor utama kepada penutupan gerai Encik Lim Kwong Yew. Sebaliknya, ianya disebabkan oleh satu syarat tender (Kod Bidang 080501) yang menetapkan pelawaan tender kantin-kantin di Universiti Malaya hanya terbuka kepada makanan bermasak Islam ataupun bumiputera. Ini bermaksud, peniaga bukan bumiputera langsung tiada peluang untuk menyertai pelawaan tender tersebut. ( Sila menelefon ke 03-79674608/6274 UMePerolehan untuk penjelasan lanjut. )
Sememangnya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Datuk Dr. Azarae Idris dalam email yang dituju kepada semua pelajar ada menyebut bahawa pengusaha Lim tidak memenuhi syarat kod bidang tersebut. Namun, penjelasan lanjut tidak diberi kepada pelajar tentang maksud syarat tender tersebut.
Oleh itu, sebab utama pengusaha Lim tidak dapat meneruskan perniagaannya adalah syarat tender ini. Sebelum itu, pengusaha Lim menjalankan perniagaannya atas lesen seorang bangsa Melayu. Dalam perkataan lain, pengusaha Lim tidak berpeluang menjalankan perniagaan di Universiti Malaya sekiranya lesen perniagaan yang diguna adalah atas namanya sendiri. Selama itu, beliau hanya dapat menjalankan perniagaan dengan menyewa lesen bangsa Melayu demi mencari rezeki hidup.
Kami berasa kesal atas kejadian seperti ini kerana selepas 51 tahun negara tersayang ini bebas dari belenggu penjajahan, syarat-syarat tender yang mendiskriminasikan rakyat masih wujud. Syarat-syarat seperti ini bukan sahaja menyekat peluang peniaga yang sama-sama ingin mencari rezeki dengan jujur, malah telah mendalami prejudis dan prasangka antara kaum yang yakni akan merosakkan perpaduan rakyat.
Sejajar dengan arus pembangunan peradaban yang semakin mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia sejagat, prejudis dan prasangka antara kaum tidak lagi diperlihat dalam konteks perpaduan negara. Contohnya, pelajar PMI yang bersama kami pada hari ini yang merupakan penganut Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama telah berpendirian bersama dengan kami bahawa polisi harus terbuka. Kami berasa amat kecewa dengan pihak Universiti yang tidak berpendirian keterbukaan demi kebaikan bersama.
Bak kata pepatah: Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Mahasiswa-mahasiswi terdedah dengan nilai-nilai murni seperti saksama, adil, toleransi dan sebagainya di pangkuan kampus, tetapi secara ironiknya, sistem pengurusan kampus tidak menjadi teladan dengan memengang teguh kepada nilai-nilai murni dalam mengendalikan pengurusan univerisiti. Nescaya, kami tidak ingin nampak keadaan seperti ketam menyuruh anaknya jalan betul berlaku dalam institusi pendidikan tertinggi ini.
Mahasiswa-mahasiswi kampus merupakan bakal pemegang teraju pemerintahan negara pada masa hadapan. Kami berharap pihak pengurusan Universiti dapat menangani masalah ini secara profesional supaya menjadi teladan yang baik kepada warga kampus dan mewujudkan kampus yang demokrasi dan saksama.
Mengharapkan Penjelasan daripada Pihak Pengurusan Universiti dan Pemuda Barisan Nasional.
Kami berharap pihak-pihak termasuk Pemuda Barisan Nasional, Pengurusan Universiti Malaya untuk menjelaskan perkara-perkara seperti di bawah:
Kedua-dua pihak ini telah memainkan peranan penting dalam hal ini. Mereka perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan lanjut atas percakapan dan tindakan mereka dalam hal ini.
Pemuda Barisan Nasional pada siding akhbar terakhir 25 Disember 2008 berjanji bahawa gerai makanan Cina akan tersedia di Universiti Malaya. Akan tetapi, pada hakikatnya keadaan ini tidak wujud. Penjelasan lanjut perlu dibuat untuk ini.
Pemuda MCA juga mengetahui akan kewujudan kod bidang 080501 kerana ini pernah disebut dalam sidang akhbar terdahulu. Namun, tindakan dan penerangan lanjut tidak diberi selepas itu. Diharapkan konflik ini boleh dipandang serius.
Email yang dituju kepada pelajar UM oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Datuk Dr. Azarae Idris menyebut bahawa penutupan gerai makanan Cina hanya disebabkan masalah teknikal. Malah, beliau juga berjanji agar gerai itu akan diteruskan sebagai gerai makanan Cina.
Pengurusan Universiti juga harus menjelaskan makna sebenar kod 080501 dan sebab-sebab pelawaan tender tidak dibuka kepada semua kaum.
Mengapakah Wakil Pelajar tidak menangani masalah kampus ini dengan mengadu kepada pihak pengurusan secara langsung, tetapi memilih untuk mengadu masalah kepada Pemuda Barisan Nasional dan mengharapkan campur tangan parti politik dalam menangani masalah ?
Tuntutan kami
1. Membuka Tender Gerai Makanan kepada Semua Kaum
Rakyat Malaysia telah menjalin hubungan erat dan berkehidupan bersama di negara tersayang ini lebih daripada lima puluh tahun tanpa mengira kaum dan agama. Kampus seolah-olah menggambarkan masyarakat Malaysia sebenar yang menunjukkan keunikan, kekayaan dan kepelbagaian budaya. Kesemua ini merupakan eset negara yang nilainya tidak terhingga. Pembukaan tender gerai makanan menunjukkan penghayatan eset ini dan menyemai nilai kesaksamaan di dalam sanubari mahasiswa.
2. Memberi Pelajar Peluang untuk Menyertai Perbincangan Polisi Kampus.
Selama ini, pelajar tidak diberi peluang untuk menyertai proses ‘decision-making’. Justeru itu, kadang-kala polisi kampus akan tidak mencapai ekspektasi pelajar. Oleh itu, kami berharap Pihak Pengurusan akan memberi peluang kepada warga UM untuk bersama-sama menentukan polisi dan hala tuju Universiti.
3. Peka terhadap Keperluan dan Sensitiviti Pelajar Pelbagai Kaum
Universiti Malaya mempunyai lebih kurang 20,000 pelajar. Kami mempunyai budaya dan cara hidup yang keperluannya agak berbeza. Kami berharap Pihak Pengurusan ‘merakyatkan pembangunan’, berprihatin kepada pelajar-pelajar dari latar belakang berbeza , mengambilkira sensitiviti semua pihak supaya pelajar lebih bertoleransi dan memahami sesama diri.
Akhir sekali, kami berharap warga UM tidak mengenal putus asa untuk menggesa pihak Universiti membaiki sistem yang sedia ada demi mewujudkan sebuah kampus ‘mesra pelajar’ yang demokrasi dan menegaskan nilai keadilan dan kesaksamaan.
Sokongan bersama dan tulus ikhlas daripada,
University Malaya New Youth (UMANY)
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM)
at 6:38 PM
No comments:
Post a Comment